Thursday, November 26, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: SAH KE SOLAT BAGI WANITA YANG ADA MASALAH KEPUTIHAN?


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..


Keputihan adalah salah satu masalah atau dilema yang selalu di hadapi oleh semua wanita di dalam kehidupan seharian. Kalau difikir balik,sebenarnya keputihan ini mnjadi salah satu bukti penciptaan Ilahi dari segi perbezaan kejadian kaum wanita berbanding lelaki

Tapi,isu keputihan ini jugalah yang perlu ditangani oleh wanita kerana mengalami masalah ini bukan sahaja melibatkan bab kebersihan diri wanita tersebut bahkan juga melibatkan hukum ibadat seseorang wanita muslim. 




APA ITU KEPUTIHAN?

Rasanya tak perlu dah nak terangkan tentang keputihan ini sebab dah tentu semua wanita tahu hal ini.. Kalau orang lelaki nak tahu apa itu keputihan anda google jelah adalah tu yang dah tulis pasal keputihan ni..

Saya cuma nak kongsikan hukumnya sahaja selain dari tu saya tak berapa tahu.

Keputihan merupakan suatu yang membebankan dan menyulitkan wanita dalam kehidupan seharian mereka.. betulkan wahai kaum wanita ? Anda terpaksa berulang kali membasuh, tak selesa dan kadang-kadang anda jadi was-was dalam solat..

Kita tahu bahawa setiap yang najis itu dia adalah kotoran tapi setiap yang kotor itu belum tentu dia adalah najis.

Demikianlah dengan halnya keputihan wanita. Keputihan merupakan sejenis kotoran yang tidak dihukumkannya najis seperti mana peluh dan daki.

Bermakna seorang wanita bila mana pakaian dalamnya terkena keputihan dia tidak perlu membasuhnya dan sekiranya keputihan itu keluar sedangkan dia masih wuduk maka keluarnya keputihan itu tidaklah membatalkan wuduknya.

Tidak dinafikan bahawa perkara ini menjadi pembincangan para Ulama yang mana sebahagian ulama mazhab as-syafie (pendapat terkuat) menghukumkan keputihan itu adalah najis dan membatalkan wuduk, namun sebahagian Ulama dalam mazhab as-syafie berpandangan keputihan bukanlah najis dan ia tidak membatalkan wuduk.Ini juga pandangan Ulama kontemporari seperti Asy-Syaikh Mushthafa Al-‘Adawiy hafidhahullah dan Dr Sa’aduddin al hilali hafidhahullah..

Ulama yang berpandangan keputihan itu adalah najis mereka mengkiaskan keputihan sama seperti air kencing,mazi,wadi dan darah haid kerana keluar dari dalam kemaluan wanita..


Adapun ulama yang mengatakan keputihan bukanlah najis mereka beralasan :

  • Tidak ada nas yang sohih lagi sorih menyebut bahawa keputihan adalah najis
  • Keputihan samalah seperti cecair yang keluar dari tubuh wanita seperti peluh
  • Sifat keputihan tidak sama dengan cecair yang keluar dari kemaluan wanita iaitu air kencing,mazi,wadi dan darah.

Kesimpulan:

Wanita dibenarkan untuk beramal dengan pendapat yang mengatakan keputihan bukanlah najis dan ia tidak membatalkan wuduk. Jika mereka berpegang dengan pendapat pertama dalam mazhab as-syafie maka itu akan membebankan dan menyulitkan kehidupan wanita yang terpaksa selalu mencuci kemaluan dan pakaian dalam serta boleh menyebabkan mereka merasa was-was dalam ibadat mereka.

Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

No comments:

Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015