Friday, November 13, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: PUNCA SUAMI TIDAK MENYOKONG ISTERI MENYUSU


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..

"Sedihla kak..suami saya tak support langsung saya nak menyusu badan..siap tawarkan nak beli susu formula jer untuk susukan anak kami.."




Pernah alami situasi ni??

Saya pernah dengar masalah ni daripada beberapa orang ibu muda..kebanyakannya anak sulong atau kedua...simpati juga dengan mereka..tapi bersedih bukanlah penyelesaiannya..bawalah berbincang dengan suami dan cari puncanya..

Kadang-kadang isteri rasa pelik kenapala suaminya tak sokong nak menyusu penuh dengan susu badan?? Walhal sangat banyak kebaikannya untuk si anak dan ibu menyusu juga..saya pernah terjumpa satu artikel luar negara tentang suami yang tak support isteri menyusu badan..rupa-rupanya tak nak berkongsi 'susu' dengan anak sendiri..hmmm..camno tu?? macam ni pun ada..huhu..

Tak dinafikan, setiap ibu menyusu pasti ada masalahnya sendiri..walaupun tiada pengalaman sendiri tapi pengkongsian dari kawan-kawan & adik beradik. Namun setiap masalah boleh diatasi bersama-sama..

Jika ia boleh menyebabkan suami anda tidak menyokong anda..mungkin ada 'punca lain' di sebaliknya..

Apabila dikenalpasti daripada perkongsian beberapa orang ibu menyusu...ini adalah antara punca kenapa suami tidak  menyokong isteri mereka menyusu badan sepenuhnya...


1. Suami rasa terabai dan kurang perhatian

Biasa dengar tak?? Bila dah ada anak..suami bukan lagi yang pertama di hati seorang wanita..
haa..ini lah yang bahayanya bila ibu terlalu banyak memberi perhatian kepada si anak hingga terlupa suami juga memerlukan perhatian dan jagaan mereka..

Sebagai isteri, suami sepatutnya diutamakan juga..dan sebagai seorang suami..anda harus faham bahawa anak sangat memerlukan ibunya untuk menjaganya. Apa salahnya jika ibu dan ayah sama-sama berkongsi saat menguruskan anak-anak..ajaklah suami membantu memandikan anak, jadi tempat bersandar ketika ibu menyusu atau sama-sama bangun malam menjaga anak dan berkongsi detik menguruskan anak bersama-sama...bukan sahaja memudahkan si ibu..bahkan ibu juga dapat perhatian sama dan rasa dibantu suaminya..

Untuk suami pula, janganlah rasa kekok menawarkan diri membantu si isteri..antara cara terbaik mendapatkan perhatian isteri ialah meringankan bebannya..insyaaAllah..bukan semata-mata menawarkan hadiah dan material yer..


2. Suami kasihan lihat isteri letih menyusukan anak

Ibu menyusu memang cepat letih..apatah lagi jika anak masih lagi kecil dan menyusu penuh dengan si ibu..kena mengepam 4 jam sekali untuk buat stok susu, kena berulang menyusukan atau hantar stok susu dari tempat kerja jika susu tidak mencukupi, bangun menyusu tiap malam hingga selalu berjaga dan tidak cukup tidur..itu belum lagi letih menguruskan anak-anak yang lain dan menguruskan rumahtangga..

Akhirnya...Suami yang prihatin mungkin berasa kasihan melihat si isteri..kadangkala isteri tertidur keletihan semasa menyusu..kadangkala isteri menangis bila stress stok susu tak cukup..lalu suami yang berasa kasihan menawarkan untuk membelikan susu formula sahaja untuk menyusukan anak...bukan niatnya untuk tidak menyokong hasrat si isteri, tetapi melihat letihnya isteri untuk  menyusu badan sepenuhnya membuatnya memilih alternatif yang lain yang memudahkan si isteri..

Alangkah baiknya jika si suami terfikir untuk menghadiahkan isteri dengan suplemen penyusuan untuk membantu isteri menyusu yang selalu keletihan ni..


3. Suami rasa isteri makin 'dingin' sejak menyusu badan

Hormon penyusuan iaitu prolaktin yang tinggi bagi ibu menyusu menyebabkan si ibu kurang keinginan untuk bersama..namun tidak semua suami mengetahui dan memahaminya..Mungkin suami anda telah tahu namun jika suami tidak memahaminya, mungkin akan menyebabkan suami lebih suka jika anda tidak menyusu badan.

Apapun, ada pelbagai cara untuk suami membantu si isteri..antaranya ialah menghadiahkan si isteri dengan Vitamin Cinta.


4. Suami rasa 'kos menyusukan' dengan susu badan lebih mahal

Sebaik saja hampir melahirkan, selalunya ibu yang bercadang untuk menyusu secara eksklusif akan membuat beberapa persediaan untuk penyusuan..antaranya membeli pam susu, peralatan menyusu dan aksesori penyusuan..jika nak buat stok susu, terpaksa pula membeli peti sejuk untuk menyimpan stok susu jika peti sejuk sedia ada tidak memadai...kadangkala permintaan daripada si isteri yang terlalu banyak membebankan bagi suami..membuatkan suami menganggap..

"Mahalnya kos nak menyusu badan!!"

Sebenarnya, semua kos menyusu badan itu tidaklah seberapa jika dibandingkan kos membeli susu untuk anak sehingga 2 tahun!! Apapun, isteri juga perlu lebih bertimbangrasa dan membantu suami memahaminya..sekiranya apa yang diminta boleh membebankan suami..pertimbangkanlah mengikut situasi dan rancanglah lebih awal untuk menyediakan keperluan penyusuan tersebut..

Pertimbangkan juga bagaimana sewaktu ibu-ibu kita dan generasi terdahulu berjaya menyusu penuh dengan susu ibu tanpa kos yang banyak..Jika generasi terdahulu juga mampu melakukannya tanpa kos yang besar, kenapa tidak kita juga?


5. Suami tak suka isteri lemah dan merungut

Lumrah si isteri selalu menceritakan hal-hal yang dianggap remeh kepada suami..mesti ramai pasangan macam ni, kan?

Sedih susu tak cukup, penat nak mengepam, selalu sakit belakang nak menyusu, letih nak layan suami sebab penat uruskan anak menyusu, anak selalu meragam...dan macam-macam lagi..mungkin sebahagian besar rungutan yang terkeluar daripada si isteri adalah disebabkan penyusuan..hal ini mungkin menjadi salah satu punca suami mula rasa 'serabut' kerana lebih banyak yang negatif didengar apabila isteri menyusu badan...

Sebagai isteri, sepatutnya tanggapan yang lebih baik diberikan kepada suami tentang penyusuan susu ibu walaupun anda benar-benar melalui semua kepayahan di atas..

Abang, saya dah turun berat banyak sejak menyusu
Abang, saya dapat jimatkan banyak duit abang sebab abang tak perlu beli susu
Abang, saya suka abang bersandar belakang saya bila menyusu, rasa makin sayang
Abang, saya rasa anak kita makin bijak sebab minum susu ibu
Abang, baguslah anak kita menyusu badan ni..jarang sakit..

Jika inilah yang selalu didengar pasti suami anda sendiri menghormati pendirian anda untuk meneruskan penyusuan susu ibu..kerana lebih banyak kebaikan yang dilihat suami untuk dirinya, diri anda dan anak anda juga..anda juga pastinya tidak mahu dilihat suami sebagai ibu yang lemah..

Melihat anda menjadi supermom yang kuat menghadapi setiap kesusahan sebagai ibu pastinya boleh membuat suami anda berbangga dan turut menyokong usaha anda..lagipun banyak juga faedahnya untuk suami..


6. Suami tak tahu kelebihan untuk anak menyusu badan

Tidak semua suami tahu kelebihan penyusuan susu ibu...ada sesetengah suami cuma menganggap ia dilakukan sekadar untuk menjimatkan kewangan keluarga..atau memenuhi keinginan si anak semata-mata..sebab itulah mereka merasakan ia hanya menyusahkan dan tidak menyokong usaha anda..

Isteri memainkan peranan penting untuk lebih banyak berkongsi mengenai kebaikan penyusuan susu ibu dengan suami..Selalulah bercerita tentang kebaikan penyusuan ibu bukan sahaja untuk diri anda..bahkan untuk anak dan suami anda juga...

Dah tau kenapa suami tak sokong anda menyusu??

Apa saja puncanya sekalipun..

Berbincanglah mencari penyelesaian dan fikirkan apa yang terbaik untuk semua terutama anak anda..

Isteri perlu lebih bijak mencari jalan agar usaha yang dilakukan tidak membawa beban kepada suami..

Suami pula..jika anda menyokong usaha isteri anda, tunjukkan keprihatinan anda dan bantulah isteri anda melakukannya kerana sememangnya susu ibu adalah yang terbaik yang Allah anugerahkan..rugi jika isteri mempunyai kemampuan menjayakannya namun anda pula tidak menyokongnya..

Berkongsi saat penyusuan anak anda bersama-sama boleh menjadi saat yang sangat manis untuk dikenang dan dihargai..

Ayuh ibu menyusu semua..anda pasti mampu melakukannya!!

Berdoa selalu semoga dibukakan hati suami anda untuk menjadi penyokong anda dalam penyusuan susu ibu...berdoalah semoga dimurahkan rezeki anak anda untuk menyusu penuh dengan anda..dan berdoalah semoga diberi pahala yang berlipatganda untuk anda atas keikhlasan dan susah payah anda menyusukan anak anda..


Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 233:




Sebarang pertanyaan atau pembelian mengenai SHAKLEE boleh PM inbox zana

Nama: Zanariah Binti Hussin
ID SHAKLEE: 1124178
Email: zanariahhussin2@gmail.com
Call / WhatsApp : 011-2129 2428
FB: Zanariah Hussin


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SAUJANA PUCHONG, PUTRA PERDANA, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, BANDAR KINRARA 1,2,3,4,5,6, TAMAN KINRARA, DAMAI UTAMA PUCHONG, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, TAMAN EQUINE, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!

No comments:

Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015