Friday, July 31, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: KHASIAT TAUGEH UNTUK KESUBURAN DAN MUDAH HAMIL


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..



Tidak ramai yang mengemari sayur tauge. Selalunya tauge dilihat sebagai hidangan yang tidak menyelerakan, lebih-lebih lagi oleh kanak-kanak. Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk hidangan ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Antara khasit tauge ialah:


Meningkatkan Kesuburan

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.


Cegah Kanser

Tauge mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan punca kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.



Baik Untuk Wanita

Tauge juga mempunyai estrogen semula jadi yang dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu menghindar mereka daripada kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pramenopaus, dan gangguan akibat menopaus.


Kurangkan Lemak

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge, secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450%. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau 'lemak jahat' LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.


Lebih Muda

Tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Oleh itu, tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.


Buang Kotoran

Tauge juga membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.



Pendaftaran ahli baru (yuran keahlian RM80) dan disertai dengan pembelian apa-apa jenis produk Shaklee, melayakkan anda dapat sebotol Vitalea ini (harga runcit RM88) secara PERCUMA..


Sms/whatsapp: 011-2129 2428
Facebook: zanariah hussin

No comments:

Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015