Thursday, June 25, 2015

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: RAWAT ULSER MULUT DENGAN SHAKLEE


Assalammualaikum Dan Salam Kasih Sayang..




ULSER di bahagian mulut mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang. Sesiapa sahaja tidak kira jantina dan umur boleh dijangkiti ulser sama ada di bahagian lidah, dinding dalam mulut atau sekitar tekak.

Walaupun ulser boleh diubati dan tidak berlarutan untuk tempoh lama, namun faktor penyebab masih tidak dikenal pasti. Ada beberapa kajian perubatan menyatakan tekanan atau kecederaan adalah antara sebab berlaku ulser.

Ada pula berpendapat beberapa makanan seperti sitrus atau buah-buahan berasid boleh mengakibatkan ulser atau menjadikannya lebih teruk. Dalam pada itu, berus gigi yang tidak bersesuaian atau berkualiti kadangkala boleh menjadi penyebab ulser.

Apabila berlaku ulser, seseorang akan mengalami beberapa tanda seperti bengkak-bengkak kecil yang pedih di bahagian mulut terutamanya di sekitar lidah, dinding mulut, lelangit atau tekak. Bengkak tersebut berwarna keputih-putihan atau kelabu dan terdapat lingkaran merah sekitarnya.
Ulser amat memedihkan dan kadangkala kesakitan dialami memberi kesan produktiviti seharian.
Bagi jangkitan yang teruk, ia datang bersama demam dan kelesuan.

Oleh yang demikian, amat penting bagi seseorang itu menjaga kebersihan dan keselamatan di bahagian mulut agar tidak dijangkiti ulser yang boleh mengakibatkan rasa tidak selesa.
Ruangan Kesihatan kali ini berkongsi beberapa kaedah mudah bagi mengatasi ulser di mulut.

Kaedah-kaedah ini dipercayai berkesan merawat masalah tersebut. –

Air garam
Kaedah tradisional ini amat popular dan telah dilaksanakan sejak zaman dahulu lagi. Anda boleh berkumur dengan air garam dua atau tiga kali sehari bagi mengurangkan kesakitan atau mematikan kuman yang mengakibatkan ulser.

Air kelapa
Kenaikan suhu tubuh manusia juga merupakan salah satu penyebab berlaku ulser. Oleh yang demikian, adalah penting bagi seseorang itu minum air mencukupi atau amalkan minum air kelapa untuk mengimbangi suhu badan.

Marjerin
Mungkin ramai tidak tahu marjerin berupaya menyembuhkan ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan marjerin di sekitar kawasan terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh. Petua ini sesuai bagi kanak-kanak kerana tidak menyakitkan.

Madu
Umum mengetahui kebaikan dan manfaat madu terhadap kesihatan. Agen pembunuh bakteria yang terkandung dalam madu mampu menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Begitu juga ulser, madu mampu merawat penyakit tersebut dengan berkesan.

Soda penaik
Soda penaik dipercayai mampu menyembuhkan luka termasuk ulser. Dengan campuran bersama sedikit air suam, ia boleh di letakkan di bahagian yang dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas.

Dengan Shaklee, kita boleh rawat ulser mulut ni. Jom tengok vitamin apa yang sesuai.

Vitamin-vitamin Yang Membantu Atasi Ulser Mulut

B-Complex ~ Mencegah ulser mulut
Vita-C ~ Membantu pemulihan membran mukosa mulut
ESP Shaklee ~ Melengkapkan keperluan Lysine dalam tubuh
Alfalfa Complex ~ Menyahtoksin di seluruh tubuh
Herblax ~ Membersihkan dan menyahtoksin dalam perut tempat berkumpulnya  segala jenis toksin




Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM 78.90 sahaja termasuk pos (seumur hidup) dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, USJ, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, GIANT BANDAR KINRARA, TAMAN KINRARA, PUTRA PERDANA, PUNCAK JALIL, BUKIT JALIL, SERI KEMBANGAN boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!!


No comments:

Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015