Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua..
Hari ini nak kongsi sikit tentang Kanser pangkal rahim atau kanser serviks. Walaupun isu
ini sudah lapuk tetapi kita wanita harus memandang serius akan persoalan ini.
Apa itu Kanser pangkal rahim atau kanser
serviks??
Ia merupakan salah satu kanser yang boleh menyebabkan kematian dan menjadi
mimpi ngeri kepada semua wanita. Kebanyakan wanita yang mengalami penyakit ini
adalah daripada golongan pertengahan umur. Pelbagai spekulasi telah
diperkatakan oleh orang awam mengenai faktor yang menyebabkan kanser ini.
Sebelum itu, adalah penting untuk anda memahami bagaimana kanser serviks ini
boleh berlaku kepada wanita.
Apakah faktor penyebab kanser serviks?
Kanser ini secara umumnya disebabkan
oleh pendedahan awal kepada hubungan seks. Semakin muda umur anda mengadakan
hubungan kelamin, semakin tinggi risiko anda untuk mendapat penyakit ini. Pada
zaman sekarang, bilangan gadis mengadakan hubungan kelamin di usia remaja
semakin meningkat berbanding pada zaman dahulu. Ini menjelaskan kenapa kanser
serviks semakin banyak dikesan pada golongan wanita berumur muda sejak
akhir-akhir ini.
Risiko anda mendapat kanser serviks
lebih tinggi sekiranya anda mempunyai ramai pasangan kelamin. Ini adalah
disebabkan Human Papilloma Virus (HPV) ada penyebab utama untuk
pembentukan kanser serviks di mana virus ini boleh disebarkan melalui hubungan
kelamin. Salah satu teori menyatakan lelaki yang pernah melakukan hubungan
kelamin dengan pasangan lain sebelum itu boleh menyebarkan virus ini kepada
orang lain melalui kaedah yang sama. Terdapat lebih daripada 150 subtypes atau
jenis HPV virus. HPV virus jenis 16 dan 18 merupakan virus utama yang menyebabkan
kanser serviks. HPV virus juga boleh menyebabkan kanser anus untuk lelaki
homoseksual.
Merokok secara amnya boleh menurunkan
imuniti seseorang dan mengandungi karsinogen yang menjadi penyebab kepada
pelbagai jenis kanser. Kanser serviks merupakan salah satu komplikasi daripada
merokok. Isu mengenai pil perancang keluarga boleh menyebabkan kanser serviks
masih dalam kontroversi dan belum terbukti. Secara kebetulan, wanita yang
mengadakan hubungan seks bebas turut mengambil pil pencegah kehamilan untuk
mengelakkan kehamilan.
Kurang kebersihan wanita merupakan
punca utama menyebabkan pelbagai penyakit seperti penyakit kelamin, jangkitan
peranakan (pelvic inflammatory disease) dan secara tidak langsung menyebabkan
kanser serviks. Wanita yang mendapat keputusan pap smear menunjukkan keradangan
atau ‘inflammatory’ secara berterusan walaupun punca jangkitan sudahpun dirawat
perlu mendapat perhatian lanjut daripada doktor untuk memastikan keadaan ini
tidak berlanjutan kepada peringkat awal kanser serviks ataupun dysplasia.
Jangkitan HPV juga boleh berlaku disebabkan kurang kebersihan kelamin wanita.
Bagaimana untuk mencegah kanser
serviks?
Kanser serviks secara umumnya
disebabkan oleh hubungan kelamin dan jangkitan HPV virus. Dengan mengamalkan
hubungas seks ‘monogamy’ dan tidak bertukar-tukar pasangan boleh mengelakkan
kanser ini. Pap smear merupakan salah satu cara yang sangat efektif dan mudah
untuk mengesan tanda-tanda awal kanser serviks. Dengan itu, bilangan pesakit
yang mati disebabkan kanser serviks sudahpun menurun sejak akhir-akhir ini
disebabkan pengesanan awal kanser serviks yang membolehkan rawatan lebih awal.
Kerajaan Malaysia memperkenalkan
vaksin HPV kepada pelajar-pelajar sekolah menengah untuk mencegah kanser
serviks. Pelajar-pelajar sekolah merupakan target yang sesuai untuk vaksin ini
kerana pada usia muda ini lah gadis sudahpun mula berjinak-jinak kepada
hubungan bebas secara tersembunyi. Pencegahan lagi baik daripada merawat kanser
yang terjadi akibat hubungan kelamin pada usia muda ini.
‘Jika dibandingkan pada zaman dahulu,
semakin ramai wanita telah dikesan menghidapi kanser serviks pada masa
sekarang’
Merujuk kepada ayat di atas, pelbagai
faktor boleh menjelaskan kejadian tersebut. Hubungan kelamin pada usia muda
tidak lagi menjadi perkara asing pada masa sekarang disebabkan peningkatan
gejala yang kurang sihat. Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan kanser
serviks semakin ramai menghantui golongan wanita pada zaman ini. Selain itu,
pap smear belum lagi diperkenalkan pada zaman dahulu menyebabkan kebanyakan
kes-kes kanser serviks tidak dapat dikesan lebih awal atau tidak dilaporkan
kepada pihak kesihatan. Sebilangan besar pesakit kanser serviks pada zaman
dahulu sudahpun berada pada peringkat akhir kanser dan meninggal dunia sebelum
sampai ke hospital.
Bolehkah tuala wanita atau tampun
menyebabkan kanser serviks?
Setakat ini, tiada bukti atau kajian
menyatakan bahawa tuala wanita atau pads boleh menyebabkan kanser serviks.
Tampon tidak mengandungi asbestos yang kononnya boleh menyebabkan kanser.
Kandungan bahan peluntur pada tuala wanita seperti dioxin sangatlah rendah dan
tidak membahayakan wanita. Peluntur ini cuma digunakan pada zaman dahulu dan
tidak lagi digunakan dalam tuala wanita pada waktu sekarang. Cellulose gel,
sejenis sodium poly-acrylate yang didapati dalam tuala wanita juga boleh
didapati dalam napkin bayi terbukti selamat untuk kegunaan kita selepas kajian
dibuat oleh pakar toksikologi.
Penggunaan tuala wanita secara
tidak bersih merupakan salah satu punca berlakunya ‘dysplasia’ atau perubahan
awal kepada sel-sel abnormal pada serviks disebabkan infeksi yang berterusan.
Kisah ini terbukti di India di mana kebanyakan wanita di negara itu tidak mampu
untuk membeli tuala wanita dan terpaksa menggunakan kain biasa sahaja untuk
digunakan berulang-ulang kali. Kajian ini menunjukkan kes kanser serviks adalah
tinggi untuk golongan wanita yang menggunakan kain tuala wanita seperti ini.
Selain itu, golongan ini juga kerap mengalami masalah wanita lain seperti
discaj berbau, jangkitan pada sistem peranakan dan jangkitan air kencing.
Penggunaan pencuci wanita juga telah
membuktikan bahawa kandungan pencuci ini tidak menyebabkan kanser serviks.
Malah, wanita yang sering mencuci bahagian kelamin dan menggunakan tuala wanita
yang bersih kurang mendapat penyakit kelamin.
Kesimpulannya, penyakit kelamin wanita
dan kanser serviks cuma akan boleh berlaku sekiranya kebersihan diri tidak
dijaga. Adalah penting untuk setiap wanita memastikan penggunaan tuala wanita
tidak menjadi sumber kepada pertumbuhan jangkitan kuman yang boleh membahayakan
diri kita. Dengan menukar tuala wanita dengan kerap dan mencuci bahagian
kelamin boleh mengelakkan sebarang jangkitan kepada wanita. Pelbagai jenis
produk tuala wanita boleh didapati di pasaran yang terbukti selamat untuk
kegunaan wanita. Semuanya bergantung kepada anda untuk memilih produk mana yang
lebih selesa untuk diri anda. Selain itu, elakkan hubungan seks bebas yang
boleh menjurus kepada kanser serviks dan pelbagai jenis penyakit kelamin
seperti HPV, AIDS dan Hepatitis B.
Dr. Mardiana
Kipli M.D. (UNIMAS) merupakan seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan yang
mempunyai kelulusan Sarjana Perbidanan dan Sakit Puan (Masters in
Obstetric & Gynaecology) dan sedang berkhidmat di Kuching. (dikemaskini)
Jika berminat, segera hubungi zana. Percuma konsultasi dan penerangan untuk anda.
Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, BANDAR KINRARA, PUTRA PERDANA boleh hubungi zana (011-2129 2428) untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Zana akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
No comments:
Post a Comment