Monday, October 13, 2014

PENGEDAR SHAKLEE KINRARA: SET WEIGHT GAIN – TAMBAHKAN BERAT BADAN


Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..


Bagaimana kita boleh menambah berat badan dengan cepat? 


Harus kita fahami dan ketahui sebenarnya tidak ada cara instant dalam konteks menambah berat badan. Akan tetapi Shaklee ada supplemen yang boleh menolong kita dalam percubaan menambahkan berat badan. Shaklee boleh membantu kita mendapatkan berat badan yang idealmenawan dan akan membuatkan kita kembali yakin.


Memiliki potongan badan yang ideal memang idaman semua manusia. Ramai yang memiliki tubuh kurus ingin menambahkan berat badan kerana sudah bosan diusik oleh rakan-rakan & orang sekeliling. Insyaallah, Shaklee boleh membantu dalam usaha kita menambahkan berat badan.

Secara basicnya memadai Vitalea, B Complex dan Meal Shake..





Secara amnya, untuk menambah berat badan kita perlu mengambil makanan yang kandungan nutrisinya seimbang, iaitu makanan berprotein tinggi, karbohidrat tinggi, dan lemak sihat.

Kita boleh mendapatkan sumber protin haiwan seperti ayam, daging, tuna, salmon dan sebagainya. 
Cara cepat untuk menambah protin adalah dengan mengambil protein shake untuk meningkatkan pengambilan protein harian. 

ESP dan MealShakes adalah sumber protein yang sangat sesuai untuk vegetarian. ESP dan MealShakes juga lebih baik dibandingkan dengan makanan yang tinggi karbohidrat yang diperlukan sebagai bahan bakar utama semasa melakukan aktiviti-aktiviti harian. Sumber karbohidrat terbaik adalah dalam bentuk roti gandum, beras merah, ubi dan kekacang.   

Untuk menambah berat badan, kita juga perlu mengambil lemak sihat. Lemak sihat boleh didapati daripada beberapa jenis ikan seperti salmon, sardin, herring, tenggiri dan tuna, yang kaya dengan asid lemak Omega-3. Lemak ikan juga bagus untuk membantu pertumbuhan, perkembangan fungsi otak, dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Kita boleh memilih Omega Guard Shaklee untuk mendapatkan lemak sihat secara instant.

Di sini, kami berikan cadangan yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang menginginkan tubuh badan dan berat ideal (mengikut citarasa seseorang itu). Set Tambah Berat Shaklee mengandungi VitaleaBComplex dan MealShakes. Untuk menambah lagi efek set tambah berat badan ini, adalah disarankan untuk mencuba OmegaGuard dan ESP juga dalam percubaan menambahkan berat badan.

Tips Untuk Naikkan Berat Badan;

- Tingkatkan pengambilan makanan berkalori tinggi
Makan makanan yang memberi kalori yang tinggi dengan kadar yang lebih kerap. Makanan berkalori tinggi adalah seperti nasi, pasta (sphagetti dan macaroni), kekacang (atau peanut butter) dan susu. Kurangkan memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti mi segera dan snek
- Tingkatkan pengambilan protein
Protien dapat membantu meningkatkan saiz otot anda. Kekurangan protien membuatkan tubuh anda “mencuri” protien dari tisu otot membuatkan ia semakin mengecil. Jangan abaikan protien dalam diet harian anda. Ambil sekurang-kurangnya 1.2 gram protien untuk setiap kg berat badan anda. Bermakna jika berat anda 40 kg anda kalikan dengan 1.2 bersamaan dengan 48 gram protien. Anda boleh dapatkan sumber protien dari ayam, ikan, telur, daging dan susu.
- Lakukan aktiviti senaman bebanan

Ingat, tujuan anda tambah berat badan bukanlah untuk menjadi chubby dan berlemak. Tujuan anda menaikkan berat badan adalah untuk meningkatkan saiz otot anda. Apa yang dicadangkan adalah, disamping pengambilan kalori yang tinggi, anda juga haruslah lakukan latihan bebanan. Lakukan latihan bebanan iaitu latihan yang melatih banyak otot dalam satu pergerakan.

Untuk mendapatkan Set ini boleh menghubungi:-

Pm/Watsapp (011-2129 2428)
FB: Zanariah Hussin

No comments:

Copyright to Zana vitamin shop
Designed by UMIESUEstudio 2015